​Transcribed and translated to English from video.​

The month of Ramadan is near. The month of Ramadan is an important time for all Muslims. Fasting during Ramadan is one of the five pillars of Islam which must be carried out by every healthy adult Muslim.

Approximately 40 to 70% of people with diabetes worldwide fast during Ramadan. The decision to fast is a personal one. Still, it is an important decision to make. If you have diabetes, you should talk about the risks of fasting with your doctor before you decide to fast during Ramadan. If you are planning to fast, you need to be concerned about the risks and how to reduce the risks.

Consultation with Nur, a diabetes patient who uses insulin.

Do​ctor: How are you today?

Nur: I'm all right, doctor. Well, actually I have a question, doctor. I intend to fast during the month of Ramadan is coming. What do you think, doctor?

Doctor: Nur, in fact, people with diabetes like yourself need not fast during Ramadan.

The Koran has stated that Muslims who have health problems, need not fast, if fasting might cause harmful effects to their health.

These include those who have:

  1. Blood sugar level is very low
  2. Low blood sugar levels several times
  3. Uncontrolled Diabetes
  4. Damage to the kidneys or dialysis
  5. Acute illness such as fever or any infection

Pregnant women who have diabetes are also excused from fasting.

Nur: Hmm, I know, doctor. But if I want to fast, what are the risks?

Doctor: If you still want to fast, you have to be careful. The risks of fasting for diabetes patients are as follows:

  1. Blood sugar level is too low to be dangerous (hypoglycaemia)
  2. Blood sugar level is too high (hyperglycaemia)
  3. Too much acid due to diabetes (diabetic ketoacidosis)
  4. Heart attack or stroke

Nur: Oh, I see. Doctor, what can I do to reduce the risks?

Doctor:

  1. Make sure you have your suhoor as late as possible.
  2. Avoid excessive eating when you break your fast (iftar).
  3. Avoid excessive foods high in carbohydrates after breaking your fast.
  4. Make sure you drink enough water.
  5. When fasting, avoid excessive physical activity.

If you take oral medication or insulin for diabetes, you should closely monitor your blood sugar levels with a glucose meter during the month of Ramadan. Changing your oral medication or insulin treatment is necessary to maintain good blood sugar control and prevent low blood sugar levels during fasting.

You should consult with your doctor about changing your medication dosage. Please do not adjust your medication or insulin itself.

If you experience these symptoms of low blood sugar, please ch​eck blood sugar levels using a glucose meter.

  1. Feeling nervous
  2. Sweating
  3. Headache and
  4. Feel your heart pounding

If your blood sugar level of less than 4mmol / L:

  • You must break the fast immediately and
  • Regain your blood sugar level with sweetened beverages.

You have to break the fast if you feel unwell while fasting.

Nur: All right, doctor. Thank you. I accept the doctor's advice and try to practice it.

Doctor: You're welcome. Happy Ramadan.

Hopefully the upcoming month of Ramadan brings blessings to us all and Selamat Hari Raya Aidilfitri!​

Transcribed in Malay

Kini, bulan Ramadan akan tiba. Bulan Ramadan adalah suatu masa yang sangat penting bagi sekalian umat Islam. Puasa pada bulan Ramadan adalah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dijalankan oleh setiap umat Islam dewasa yang sihat.

Kira-kira 40 hingga 70% daripada pesakit kencing manis di seluruh dunia yang berpuasa pada bulan Ramadan. Keputusan untok berpuasa adalah hak peribadi namun ia suatu keputusan yang penting. Jika anda menghidapi kencing manis, anda perlu berbincang tentang risiko berpuasa dengan doktor anda sebelum anda membuat keputusan untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Jika anda merancang untuk berpuasa, anda perlu prihatin tentang risikonya dan bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko –risiko ini.

Konsultasi bersama Nur, pesakit kencing manis yang menggunakan insu​lin.

Doktor: Apa khabar anda hari ini?

Nur: Saya baik-baik sahaja, doktor. Hmm, sebenarnya saya ada soalan, doktor. Saya bercadang untuk berpuasa pada Bulan Ramadan yang akan datang ini. Apa pendapat doktor?

Doktor​: Nur, sebenarnya, pesakit kencing manis seperti anda diberi keringanan dari berpuasa.

Al-Ouran telah menyatakan bahawa umat Islam yang khususnya mempunyai masalah kesihatan, di mana puasa mungkin mengakibatkan kesan merbahaya kepada mereka, diberi keringanan dari berpuasa.

Ini termasuk mereka yang mempunyai:

  • Paras gula dalam darah yang sangat rendah
  • Paras gula dalam darah rendah berulang kali
  • Kencing manis tidak terkawal
  • Kerosakan buah pinggang atau dialysis
  • Penyakit akut misalnya demam atau sebarang jangkitan kuman

Ibu yang hamil dan menghidapi kencing manis juga diberi keringanan dari berpuasa. 

N​ur: Hmm, saya tahu, doktor. Tetapi jika saya ingin hendak berpuasa, apakah risikonya?

Doktor: Jika anda tetap ingin berpuasa, anda perlu berhati-hati. Antara risiko berpuasa bagi pesakit kencing manis adalah seperti berikut:

  • Paras gula dalam darah terlalu rendah hingga membahayakan (hipoglisemia)
  • Paras gula dalam darah yang terlalu tinggi (hiperglikemia)
  • Terlalu banyak acid disebabkan kencing manis (diabetic ketoasidosis)
  • Serangan jantung atau angina ahmar

Nur: Oh, begitu. Doktor, apakah caranya untuk saya mengurangkan risiko ini?

Doktor:

  • Pastikan anda makan sahur selewat mungkin.
  • Elakkan makan dengan berlebihan semasa anda berbuka puasa.
  • Elakkan berlebihan makanan yang tinggi dalam karbohidrat selepas berbuka.
  • Pastikan anda minum air dengan mencukupi.
  • Ketika berpuasa, elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Jika anda mengambil ubat makan atau insulin untuk kencing manis, anda perlu terus memantau tahap gula dalam darah anda dengan meter glukos semasa bulan Ramadan. Perubahan pada ubat makan atau rawatan insulin diperlukan untuk mengekalkan kawalan gula yang baik dan mencegah masalah tahap gula dalam darah jadi rendah semasa berpuasa.

Anda perlu berjumpa dengan doktor berkenaan perubahan untuk rawatan anda yang diperlukan ini. Jangan cuba sekali-kali untuk menyesuaikan ubat atau insulin anda itu sendiri.

Jika anda mengalami tanda-tanda gula dalam darah rendah:

  • Rasa gementar
  • Berpeluh
  • Pening kepala dan
  • Rasa hati anda berdebar-debar,

Segera periksa paras gula darah menggunakan meter glukos.

Jika paras gula darah anda kurang dari 4mmol/L:

  • Anda harus berbuka puasa dengan segera dan
  • Membetulkan paras gula darah dengan minuman manis.

Anda harus berbuka puasa jika berasa kurang sihat ketika berpuasa.

Nur: Baiklah, doktor. Terima kasih. Saya terima nasihat doktor dan cuba mengamalkannya.

Doktor: Sama-sama. Selamat menyambut bulan Ramadan.

Semoga bulan Ramadan yang akan datang ini membawa berkat kepada kita semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!​